Info UMK
Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan
telah dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi
menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi
negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan
untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada
31 Mac 2006.
Penubuhan Universiti ini telah mendapat
kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun
2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan
supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan
keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam
semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is
Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University”
(Universiti Keusahawanan) digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk
pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang
pengajian iaitu :
- Keusahawanan dan Perniagaan ;
- Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
- Agro-industri dan Sains Sumber Asli
Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada
kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan
untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas
pertama, lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan
dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada
peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
(capability and capacity building of SME) serta menyumbang kepada pembangunan
masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an
enabler).
Penubuhan Universiti
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan
di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan
pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua
operasi, iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai
332 orang pelajar.
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia
Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1
Oktober 2006.
Get This
No comments:
Post a Comment